Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak.
Raikanlah kedatangan Ramadhan ini dengan rasa gembira dan Syukur serta azam yang tinggi untuk menjadikan setiap detik masa yang berlalu adalah ibadah.
Rebutlah limpahan keberkatan dari Allah sepanjang Ramadhan ini dengan mempertingkatkan pengorbanan masa, tenaga dan harta bagi memperkukuhkan Islam sebagai petunjuk dalam segala segmen kehidupan.
Nilai kesabaran adalah Tarbiyyah terbesar dari Ramadhan untuk kita hayati bersama agar kita akan terus bersabar dan beristiqamah dalam kita membawa panji perjuangan Islam. Allah sentiasa bersama dengan orang yang Sabar. Selamat berpuasa. Ramadhan Kareem.
Ustaz Sallehen Bin Mukhyi
Pesuruhjaya PAS Selangor