الحمد لله وكفى، والصلاة والسلام على رسولنا المصطفى، وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى
Segala puji dan syukur hanyalah kepada Allah SWT yang telah mempertemukan kita sekali lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak yang di dalamnya diwajibkan kita berpuasa sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 183;
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Ramadhan kali ini sudah pasti sedikit berbeza daripada Ramadhan tahun-tahun sebelum ini disebabkan mujahadah kita melawan COVID-19. Namun demikian, ambillah hikmah ujian ini dan manfaatkanlah ruang-ruang yang ada dengan sebaiknya untuk kita meraih sebanyak mungkin ganjaran di bulan yang penuh barakah ini.
Antara amalan yang boleh diperbanyakkan, sebaiknya dibuat bersama ahli keluarga dan orang terdekat lebih-lebih lagi dengan masa terluang PKP ini ialah membaca Al-Quran, selari dengan Ramadhan itu sendiri yang merupakan bulan yang diturunkan Al-Quran seperti firmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 185;
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan