PAS Kawasan Wangsa Maju ingin menzahirkan ucapan penghargaan dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Polis yang ke 213 tahun.
Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat mereka demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.
Pengorbanan pasukan keselamatan negara itu dapat dilihat terutamanya dalam situasi negara yang kini dilanda wabak COVID-19 dan PDRM telah memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat dilaksanakan dengan baik serta lancar.
ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN
Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud
Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju