27 Rejab 1443 H @ 1 Mac 2022
“Maha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Isra’:1)
Peristiwa agung Israk dan Mikraj di mana Baginda Rasulullah SAW dibawa dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa kemudian diangkat ke langit dalam hanya satu malam menunjukkan keagungan kuasa Allah SWT.
Umat Islam wajib meyakini peristiwa ini sebagai bukti keimanan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Justeru, marilah kita mengambil ibrah dari peristiwa ini dengan penuh penghayatan dan ketakwaan.
Di samping itu, teruskanlah berdoa dalam bulan yang mulia ini agar Allah SWT memudahkan segala urusan kita dan melindungi kita daripada ujian pandemik Covid-19 yang turut berlaku diseluruh pelusuk dunia.
Semoga kita semua selamat melalui ujian ini dengan rahmat dan kasih sayangNya. Amin…
“Kita Sejahtera Bersama”
“Islam Menyatakan Ummah”
PAS KAWASAN BANDAR TUN RAZAK
DEWAN ULAMA PAS KAWASAN BANDAR TUN RAZAK
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BANDAR TUN RAZAK
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BANDAR TUN RAZAK