Home Artikel PAS Perak

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-61 kepada seluruh rakyat Malaysia

0 views
SHARE

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ.
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ.

Alhamdulillah. ARC Malaysia merakamkan ucapan syukur yang tinggi di atas nikmat dari Allah SWT dengan kemerdekaan negara kita Malaysia yang menjangkau 61 tahun, dan turut mengenangkan jasa-jasa pejuang kemerdekaan negara ini. Perjuangan kemerdekaan harus sentiasa mekar dan segar dalam ingatan kita semua.
.
Perjuangan kemerdekaan adalah sebahagian daripada agenda kita untuk mengembalikan peradaban Islam di atas bumi yang diwarisi kepada kita ini.
“Sesungguhnya kemerdekaan yang sebenar tanah air kita ini adalah apabila Islam dimartabat serta bebas melaksanakan hukum mengikut Syari’at yang telah di gariskan Allah SWT”.
.
Kepada semua dan khususnya Ahli ARC,
Tanyalah diri, sejauhmana kita telah melangsaikan tanggungjawab perjuangan yang diwariskan oleh generasi silam? Juga tanaya lah juga pada diri, sejauhmana kita telah berkerja dan melaksanakan tuntutan dalam memartabatkan serta memperjuangkan Islam?
Perjuangan suci ini demi mengembalikan peradaban yang telah hilang dan demi martabat bangsa, kedaulatan agama dan kemerdekaan tanah air.
Maka inilah kemerdekaan yang hakiki dan sejati. Bebas dari sekatan sekular dan liberal yang pada hakikatnya terlindung pada kepalsuan dunia.
Bebaskan diri kita dari sebarang ideologi ygang berlawanan dengan Islam. Bebaskan hati kita pada keterikatan dunia dan kebendaan.
Jadikan diri yang hati dan fikiran kita hanya semata-mata ingin mengejar Nasrallah.
.
Ahli ARC !
Cenggam kemudi jentera perjuangan ini, hidupkan enjin jentera dan arahkan ia menuju haluan yang sebenar. Haluan yang yang diredhoi Allah SWT yang telah ditetapkan generasi terdahulu.
.
ARC Malaysia sekali lagi mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-61 kepada semua rakyat Malaysia. Sama-samalah kita menjaga kesejahteraan tanah air kita ini.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ

Yang ikhlas,
WAN AHMAD RIDZUAN WAN HUSSIN
(Presiden ARC Malaysia)⁩

#Sejahtera_bersama_Islam
#SayangiMalaysia
#Riadhah_Ukhuwwah_Dakwah
#WeRide4Charity