Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Lajnah Penerangan dan Media Baharu
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Setinggi tahniah diucapkan kepada Puan Nor Zarina Mohd Azhar selaku Ketua Penerangan DMPNS yang telah dilantik sebagai Guru Besar (Mudirah) SRITI Al-Farouq Bandar Kinrara Kawasan Subang.
Muslimat PAS Selangor sentiasa komited dan mendokong SRITI sebagai medan teras pendidikan untuk pentarbiyahan anak-anak zaman kini, sentiasa bersedia berganding bahu dengan semua pihak dalam misi pendidikan anak-anak.
Dengan bakat kepimpinan mengemudi Sekolah Rendah Integrasi Islam Nurul Hidayah sebelum ini dan menjadi antara guru teras utama rujukan di kalangan sekolah-sekolah persendirian (swasta) di Selangor sehingga hari ini, dapatlah dimanfaatkan sepenuhnya sebagai tenaga murabbi di SRITI Al-Farouq.
“Selamat menjalankan amanah dan tugas, Ummi Arin”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor