Home Berita PAS Wilayah

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PT3

1464
SHARE

Selamat menghadapi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki PT3 pada hari ini. Semoga pelajar-pelajar sekalian dapat mencapai keputusan yang cemerlang.

Peperiksaan ini adalah satu permulaan untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar dan perlu kepada persediaan dan pengorbanan yang lebih besar. Belajarlah bersungguh-sungguh dalam mengecapi kejayaan ini.

Ibu bapa juga perlu berada bersama-sama dengan anak-anak dalam apa jua keadaan, samada suka atau duka kerana ibu bapalah yang menjadi rujukan mereka dan tempat mereka mengadu kegembiraan dan kedukaan.

Kepada guru-guru, teruskanlah membimbing anak-anak ini dengan penuh perhatian. Samada mereka berjaya atau tidak, mereka akan menjadi penentu masa depan negara. Semoga segala usaha kalian dan kita semua diberkati Allah SWT.

Sejahtera Bersama Islam

Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan