SELAMAT MALAM ROHINGYA, SEJAHTERALAH SELALU…
Catatan Ketua Ameerah Terengganu
Terkenang satu pengalaman yang penuh keinsafan pada tahun 2014, saya bersama sahabat-sahabat menyantuni pelarian Muslim Rohingya di Acheh. Kami pergi ke kem penempatan sementara untuk menyaksikan sendiri betapa sengsaranya kehidupan mereka di bumi tanah air sendiri. Para muslimah Rohingya bercerita sambil menyeka airmata. Ada keluarga dibunuh kejam, ada mangsa rogol, ada anak kehilangan ibu & ayah. Kesemuanya tragis buat kita yang mendengar, apatah lagi bagi yang merasai.
Penderitaan itu tidak pernah padam dari ingatan mereka. Kezaliman, kekejaman serta pembantaian yang menimpa Muslim Rohingya berlarutan sehingga ke hari ini. Anak-anak kecil tidak berpakaian dan kelaparan.
Golongan ibu hanya ada sehelai sepinggang dengan badan kurus menampakkan tulang. Keadaan mereka amat menyedihkan dan menginsafkan kami.
Sehubungan itu, saya mewakili PAS Relief Terengganu merayu kepada semua sahabat dan kenalan agar sama- sama menghulurkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya. Sahabat- sahabat boleh hubungi saya untuk salurkan sumbangan atau masukkan ke akaun yang tertera di poster. Semoga usaha kita ini memberi sinar bahagia dalam diri mereka.
TABUNG KEMANUSIAAN ROHINGYA
Maybank : 5630 6411 3873
Dana Taawun DPPNT
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik” (Al-Baqarah: 195)
Saya kongsikan gambar- gambar di kem penempatan Rohingya di Acheh. Ianya memberi makna dari seribu kata.
Terima Kasih sahabat-sahabatku.
#pray4rohingya
#saverohingya
#pasreliefterengganu