Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Selamat Maju Jaya Datuk Bandar Kuala Lumpur Ke-13

753
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ybhg. Datuk Hj. Mahadi Che Ngah yang dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-13 berkuatkuasa 1 Oktober yang lalu.

Bekas Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dilantik menggantikan Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengikut Bahagian II, Seksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Semoga dengan pengalaman beliau di DBKL selama 36 tahun, Kuala Lumpur dapat dibangunkan ke arah yang lebih baik. Selamat maju jaya!

Siiru ‘ala barakatillah.

Islam Memperkukuh Perpaduan.

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
4 Oktober 2020 l 16 Safar 1442H

WilayahPrihatin #MalaysiaPrihatin #MalaysiaSejahtera