Home Artikel PAS Johor

SELAMAT KEMBALI KE SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2020

214
SHARE

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, hari ini bermulanya sesi persekolahan tahun 2020 semua peringkat sekolah serentak di kawasan Tebrau.

Seluruh kepimpinan PAS Kawasan melalui Lajnah Pendidikan PAS Tebrau dengan penuh sukacitanya mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah 2020 dan Selamat Menimba Ilmu kepada semua anak didik yang dikasihi kerana Allah.

Tidak kira dimana anda belajar pastikan niat kita belajar adalah ikhlas semata-mata kerana Allah….

Semoga bertambahnya tahun dan usia maka bertambah ilmu didada yang dapat dimanfaatkan buat keluarga, masyarakat, agama jua negara in shaa Allah.

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia”  (HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni)

Ustaz Khirul Muntanazar Ismail,
Yang Di-Pertua PAS Kawasan Tebrau