Berita yang tepat dan benar adalah bukti dedikasi seorang wartawan dalam menyampaikan maklumat dan bertanggungjwab dalam membentuk kefahaman masyarakat.
Mereka juga adalah petugas barisan hadapan yang terpaksa berkorban masa, tenaga malah nyawa demi menjalankan tugas.
Selamat Hari Wartawan Nasional 2021 kepada semua wartawan seluruh Malaysia dan tidak dilupakan khusus buat wartawan lidah rasmi PAS iaitu Harakah dan Berita PAS yang telah memberikan liputan dan kerjasama terbaik selama ini.
Semoga setiap bait kata yang ditutur dan patah kata yang ditulis mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.
Selamat Hari Wartawan Nasional 2021.
‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
#MalaysiaPrihatin
#Integriti