Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam
Takrifan ‘warga emas’ adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Pada usia ini, orang selalu beranggapan bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu menyumbang ke arah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling.
Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Walaupun tua, mereka sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara dan bangsa.
Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan diadakan pada 1hb Oktober pada tiap-tiap tahun sesuai dengan pengistiharan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45 / 106 yang telah menetapkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa. Kerajaan Malaysia juga telah mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992.
Pada tarikh ini , Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan diadakan. Ia merupakan satu pengiktirafan kepada golongan tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam mengucapkan Selamat Hari Warga Emas Sedunia kepada seluruh warga Emas khususnya di Malaysia.
1 Oktober 2021 | 24 Safar 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor