Home Berita PAS Wilayah

Selamat Hari Pekerja

1035
SHARE

Selamat Hari Pekerja
1 Mei 2020

Sudah menjadi rutin semua rakyat Malaysia setiap hari pergi ke kerja mencari rezeki untuk kehidupan seharian masing-masing. Namun pada saat ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menyebabkan ramai di antara kita menghadapi masalah pekerjaan. Walaupun ada di antara kita yang kehilangan pekerja, bersabarlah dengan ujian Allah semasa PKP ini. Moga ada rezeki yang menanti dan pekerjaan yang lebih baik lagi sebelum ini. Carilah rezeki yang halal, moga kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah swt.

Kepada yang masih bekerja samada di tempat kerja atau pun di rumah, lakukan pekerjaan dengan sebaik-baiknya agar gaji yang diterima diberkati olehNya.

Dengan ini, Pas Kawasan Bukit Bintang ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia. Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei setiap tahun merupakan hari perjuangaan, perhargaan kepada pekerja dalam pembangunan negara. Terima kasih kepada semua pekerja terutama kepada petugas kesihatan, penjawat awam, dan semua kakitangan yang terlibat secara langsung dalam usaha penularan wabak Covid-19.

Marilah kita sama-sama berdoa di bulan Ramadhan yang penuh mulia ini agar wabak ini secepat mungkin mendapat vaksin dan kita dapat menjalani kehidupan bersama keluarga dengan selamat. Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita semua.

LIKE | SHARE | FOLLOW
PAS KAWASAN BUKIT BINTANG
1 MEI 2020 | 8 Ramadhan 1441H
Islam Memimpin Perpaduan