Home Berita PAS Wilayah

Selamat Hari Pekerja, 1 Mei 2020

1499
SHARE

Selamat Hari Pekerja, 1 Mei 2020

Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai pekerja di Malaysia mengalami masalah pekerjaan. Dari pekerja bawahan hinggalah atasan. Dari pekerja kerajaan & swasta hinggalah yang bekerja sendiri. Masing-masing mempunyai kekangan tersendiri. Malah pendapatan juga turut terjejas.

Justeru itu, PAS Kawasan Titiwangsa ingin mengingatkan seluruh rakyat Malaysia yang bekerja dari rumah agar positif dalam menghadapi tekanan kerja ketika wabak Covid-19 ini dan mengamalkan penjarakkan sosial ketika bekerja di luar.

Sempena Hari Pekerja ini, PAS Kawasan Titiwangsa mendoakan kesejahteraan buat semua pekerja di Malaysia dan mengharapkan para pekerja patuh pada PKP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kami juga mendoakan agar wabak ini diangkat dari dunia ini dan rakyat Malaysia diberi kesembuhan oleh Allah serta Negara dirahmati dengan Peningkatan Ekonomi berganda selepas selesainya wabak Covid-19 ini. Semoga semua rakyat Malaysia dapat meneruskan pekerjaan harian mereka dengan lebih baik selepas ini dan dapat menyumbang kepada kemakmuran Negara.

Islam Memimpin Perpaduan

Pekerja & Cabaran Budaya Norma Baharu

Yang benar,

HAJI KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa.
1 Mei 2020 | 8 Ramadan 1441H