Home Berita PAS Selangor

Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia – Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | Muslimat PAS Kawasan Sepang

606
SHARE

Oleh : Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang

Setiap tiga (3) daripada 10 rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas mengalami pelbagai masalah kesihatan mental. Kemurungan, keresahan, stress yang tidak terkawal, cubaan membunuh diri dan banyak lagi boleh dideritai oleh seseorang dalam senyap. (Sumber Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan).

Oleh itu sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya sentiasa bertanya khabar, mengambil berat, menjadi pendengar yang baik serta sentiasa peka dengan perubahan perilaku seseorang ianya dapat membantu dalam menangani masalah dan membentuk kesihatan mental yang lebih sihat.

Islam turut menganjurkan untuk sentiasa menjaga hubungan sesama manusia sebagaimana sabda baginda ;
Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda : “Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.”
[Hadis Riwayat al-Bukhari]

Ikhlas Dari :-
Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#dmpksepang
#IslamMemimpinWanitaSejahtera