Home Kenyataan Media PAS Wilayah

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-68

10
SHARE

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68 pada 31 Ogos 2025, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Wilayah Persekutuan dengan penuh rasa syukur merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Hari penuh makna ini mengingatkan kita akan pengorbanan besar para pejuang tanah air yang telah menuntut kemerdekaan dengan keberanian, keteguhan dan semangat juang yang tidak pernah mengenal penat lelah. Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah amanah suci yang wajib dipelihara dan diwariskan kepada generasi mendatang.

PAS Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa erti sebenar kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada belenggu penjajahan fizikal, tetapi juga merangkumi pembebasan jiwa, pemikiran dan budaya daripada pengaruh asing yang boleh menggugat nilai agama, moral serta identiti bangsa.

Sehubungan itu, PAS Wilayah Persekutuan menyeru agar seluruh rakyat terus memelihara kedaulatan negara dengan:

  1. Memperkukuh perpaduan rakyat berasaskan keteguhan pegangan agama masing-masing.
  2. Menolak sebarang bentuk penjajahan baharu, sama ada dalam politik, ekonomi, budaya mahupun pemikiran.
  3. Mengisi kemerdekaan dengan pembangunan seimbang, berteraskan syariat, keadilan dan kesejahteraan sejagat.

Marilah kita jadikan sambutan kemerdekaan ini sebagai pemangkin untuk membina Malaysia yang merdeka, berdaulat, sejahtera dan sentiasa dalam lindungan serta keberkatan Allah SWT.

“Islam Memimpin Perpaduan, Malaysia Merdeka Sejahtera”

Sekian, terima kasih.

USTAZ HAJI AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
PAS Wilayah Persekutuan
31 Ogos 2025