Home Berita PAS Perak

Selamat Hari Jururawat

992
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK

Selamat Hari Jururawat

“Dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (Al Maidah: 32).

1) Begitu mulianya tugas seorang Jururawat dalam meringankan beban kesakitan seorang pesakit. Jururawat insan yang sentiasa penuh senyuman dan kesabaran. Malahan tugasan ini dilaksanakan dengan perasaan hormat dan simpati.

2) Jururawat merupakan sumber sokongan yang sangat penting dalam dunia perubatan. Kesiagaan mereka berkhidmat siang dan malam sangat dihargai. Mereka berdepan dengan kerenah pesakit melebihi masa doktor bersama pesakit. Lebih daripada masa dalam harian mereka bersama pesakit berbanding keluarga.

3) Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) merakamkan penghargaan dan mengucapkan Selamat Hari Jururawat buat seluruh jururawat khususnya di Negeri Perak.

4) DPPN Perak menyeru masyarakat untuk bersama memahami tugas dan tanggungjawab Jururawat. Terkadang kerenah ahli keluarga mahupun pesakit berlebihan sehingga terlupa bahawa jururawat juga insan yang mempunyai emosi dan perasaan. Hargai khidmat yang mereka berikan kepada kita.

5) Dalam masa yang sama, DPPN Perak mendesak agar kerajaaan membuat penstrukturan semula gaji Jururawat bersesuai dengan tugas dan peranan besar mereka. Dalam situasi kos sara hidup yang tinggi, peningkatan gaji mereka boleh dianggap sebagai menghargai sumbangan dan jasa yang mereka berikan.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
“Sedia Memerintah”

Mohd Akmal bin Hj Kamaruddin
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak

15 Syaaban 1438H / 12 Mei 2017

{jathumbnail off}