Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua individu yang bergelar cikgu, guru, pendidik, asatizah serta murabbi.
Sesungguh apa pun istilahnya, kesemua individu ini adalah golongan yang mulia atas pengorbanan masa dan tenaga demi mendidik ummah dan manusia sejagat.
Firman Allah SWT:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِذَا قِيْلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوْا فِى الْمَجٰلِسِ فَافْسَحُوْا يَفْسَحِ اللّٰهُ لَكُمْۚ وَاِذَا قِيْلَ انْشُزُوْا فَانْشُزُوْا يَرْفَعِ اللّٰهُ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مِنْكُمْۙ وَالَّذِيْنَ اُوْتُوا الْعِلْمَ دَرَجٰتٍۗ وَاللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ خَبِيْرٌ
(Surah Al-Mujadalah, Ayat 11)
Ucapan Selamat Hari Guru juga didedikasikan secara khusus untuk para guru PASTI, SRITI dan SMITI yang merupakan entiti khas di bawah DPPNS.
Entiti-entiti ini memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan agenda membangunkan masyarakat yang memahami Islam yang syumul sejak dari kecil lagi.
Terima kasih cikgu kerana jasamu dikenang, budimu dijulang dan ilmunya yang tidak terbilang.
“Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”