Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Shah Alam | Memetik kenyataan media sosial Dewan Pemuda PAS Selangor bahawa, terdapat banyak manfaat yang boleh didapati dengan berbasikal ini kerana ia adalah pengangkutan yang bebas karbon dan memberikan impak yang positif kepada kesihatan.
Dalam fasa PKP 3.0 ini, harap dapat bersabar kerana tidak dapat melaksanakan aktiviti kayuh basikal. Jadi, manfaatkan tempoh yang diberi dengan aktiviti-aktiviti yang lain untuk menguatkan stamina untuk kayuhan akan datang. Selamat Hari Basikal Sedunia diucapkan daripada Dewan Pemuda PAS Selangor buat semua para penggemar hobi riadhah berbasikal.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor