Home Artikel PAS Wilayah

Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia

1116
SHARE

Kesungguhan anggota bomba sebagai pasukan penyelamat dalam kes-kes kecemasan seperti kemalangan, kebakaran dan bencana alam adalah antara simbol keberanian mereka.

Jasa anggota bomba sewajarnya dihargai kerana mereka sanggup mempertaruhkan keselamatan diri sendiri demi menyelamatkan nyawa orang lain.

Petikan firman Allah dalam Surah Al-Māidah ayat ke-32,

‎وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَآ أَحْيَا ٱلنَّاسَ جَمِيعًا

“Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.”

Justeru, Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan ingin merakamkan ucapan penghargaan buat seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersempena dengan Hari Anggota Bomba Sedunia hari ini.

Terima kasih buat para anggota bomba atas pengorbanan kalian dalam menjamin keselamatan masyarakat dan negara tanpa mengira waktu dan ketika.

Semoga Allah SWT membalas segala jasa kalian.

“Bomba Tonggak Penyelamatan Negara”
“Islam Memimpin Perpaduan”
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN