SELAMAT HARI AIR SEDUNIA
Hampir 3 per 4 daripada permukaan bumi adalah kawasan berair. Begitu juga dengan tubuh manusia, 70% daripada komposisi tubuh manusia adalah air. Tanpa air aktiviti dalam kehidupan manusia akan terjejas.
Manusia yang merupakan pengguna utama sumber alam harus mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memastikan bahawa generasi akan datang terus menikmati alam sekitar yang bersih dan selamat.
Ingatlah firman Allah SWT: “Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)”. [Al-Hud : 61]
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Hari Air Sedunia pada 22 Mac 2021 bagi menyedarkan masyarakat betapa pentingnya air bersih dan pengelolaan sumber air.
Bertepatan dengan tema “Valuing Water (Hargai Air), PAS juga menyeru agar semua pihak menggunakan sumber air sebaiknya.
‘Islam Memperkukuh Perpaduan’