
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.
Semoga YAB Dato’ Sri dapat terus mempertahankan pentadbiran yang bersih dan berintegriti, memperkukuh kedaulatan undang-undang, menjaga hak Melayu Islam dan Bumiputera, serta tidak meminggirkan kepentingan bangsa-bangsa lain demi keharmonian negara.
Selamat menjalankan tugas Dato’ Sri. Siiru ala barakatillah.