Home Rencana PAS Selangor

Selamat bermesyuarat buat seluruh Muallimah PASTI Selangor – Pengarah PASTI Selangor

82
SHARE

“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

Oleh : Ustaz Mohd Faizol Endut
Pengarah PASTI Negeri Selangor

Alhamdulilah. Kami merasa bangga tahun ini ramai muallimah PASTI Selangor terlibat langsung sebagai perwakilan datang mesyuarat tahunan Dewan Muslimat di semua kawasan.

Mesyuarat tahunan muslimat bermula minggu ini berterusan sehingga minggu hadapan sebagai medan mahasabah kita selaku ahli gerakan Islam.

Kehadiran muallimah-muallimah PASTI Selangor ke mesyuarat ini menunjukkan komitmen serta pengorbanan yang tinggi bagi menjayakan agenda jemaah masa yang sama menggalas tanggungjawab seorang guru PASTI.

Semangat juang muallimah semoga menjadi qudwah buat semua ahli gerakan bahawa kita berperanan serta ada sumbangan kepada gerakan Islam PAS.

Semoga Allah merahmati muallimah serta semangat jihad ini mengalir di setiap muallimah bilamana berkhidmat di PASTI.
Siirualabarokatillah.

“Selamat bermesyuarat”

9 Oktober 2021 | 2 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor