Home Berita PAS Sabah

Sektor pendidikan PAS di Sabah terus berkembang

165
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
14 Februari 2023

SANDAKAN: Sektor Pendidikan PAS di Sabah semakin berkembang dengan wujudnya TASTI, PASTI dan SRITI kata Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu.

Menurutnya, PAS diumpamakan seperti 10 jari manakala TASTI, PASTI, SRITI dan beberapa lajnah serta jabatan lain merangkumi jari-jari kecil tersebut.

“Itulah yang diumpamakan PAS ibarat sebuah pentadbiran atau kerajaan yang lengkap dengan kementerian-kementeriannya,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Prestasi PASTI Sandakan di Dewan Masjid Daerah Sandakan, kelmarin.

Tambahnya, PAS di Sabah sentiasa mengutamakan sistem pendidikan bagi memberikan pendidikan berteraskan Al-Quran dan Sunnah bermula dari kanak-kanak berumur 1 tahun sehinggalah menjangkau umur dewasa.

“Malahan bagi umur dewasa, PAS tidak ketinggalan menyediakan pendidikan antaranya Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) dan banyak lagi,” jelasnya.

PAS mengharapkan agar pihak ibubapa terus menerus menyokong institusi pendidikan PAS dengan menghantar anak-anak meneruskan pembelajaran di peringkat sekolah rendah iaitu SRITI.