SEKALUNG TAHNIAH : KETUA SEKTOR PENDIDIKAN & PENGARAH JABATAN PASTI SESI 2021/2023
Kami pegawai pentadbiran dan seluruh warga PASTI Johor mengucapkan sekalung tahniah kepada Tuan Mohd Fairuz Bin Alias yang telah dilantik sebagai Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dan merangkap Pengarah Jabatan PASTI Negeri Johor Sesi 2021/2023.
Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang.” (Riwayat al-Tabarani dan al-Baihaqi)
Kami doakan, tuan dipermudahkan segala urusan dan dapat memimpin kami dengan lebih cemerlang untuk sesi ini.
“Selamat Berkhidmat”
Ikhlas Daripada,
Pejabat Pentadbiran
Jabatan PASTI Negeri Johor
4 November 2021