Home Berita PAS Selangor

Sekalung penghargaan dan selamat bersara SS Dato Mufti Selangor – Pesuruhjaya PAS Selangor

854
SHARE

May be an image of 1 person, headscarf and text that says "ws SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH Yang Berbahagia Dato' Setia Hj. Mohd Tamyes bin Abd Wahid S.S.I.S., D.P.M.S., P.P.T. atas sumbangan dan khldmat bakti yang dicurahkan sebagai Sahibus Samahah Mufti di Jabatan Mufti Negeri Selangor (16 Mac 1998 sehingga 19 Mei 2021). Didoakan SS Dato' dikurniakan nikmat kesihatan dan ketaqwaan hingga ke akhir hayat. Ikhlas daripada S.S. Pengarah JAIS seluruh warga kerja Jabatan Agama Islam Selangor www.jais.gov.my @JAISclangor JabatanAgamalslamSelangor jabatan.agama.islam.selangor #islamicsaviourobedience"

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Kuala Langat | Seluruh rakyat di Negeri Selangor amat-amat mengenali susuh tubuh yang banyak berjasa dalam khidmatnya. Tempoh 23 tahun memegang amanah sejak dari tahun 1998 sehingga 2021, Sohibus Samahah Mufti Selangor Yang Berbahagia Dato Setia Hj Mohd Tamyes Abdul Wahid tiba tempoh masa bersara.

Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi ketika dihubungi memaklumkan bahawa beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SS Dato Setia Hj Mohd Tamyes Abd Wahid di atas sumbangan dan khidmat yang diberikan. Jasa beliau terlalu besar buat rakyat dan negeri Selangor.

“Secara peribadi, saya banyak pengalaman bekerjasama dengan SS Dato Seri Tamyes samaada ketika dalam kerajaan Selangor ataupun sehingga sekarang. Bukan sahaja khidmatnya, ilmu yang dicurahkan bahkan ketegasan soal-soal agama Islam di Negeri Selangor sangat dirasai”, jelas beliau lagi.

“Mewakili PAS Negeri Selangor, saya ucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan saya doakan semoga Allah SWT merahmati kehidupan beliau”, tambahan Dato Yunus.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor