Home Rencana PAS Selangor

Sekalung penghargaan buat seluruh jentera PN – DPPK Kuala Selangor

12
SHARE

May be an image of 1 person, outdoors and text that says "PERIMAL NASION PERIKATAN NASIONAL HARAP PERIKATAN NASIONAL PERIKATA NASIONA © freemalaysiatoday.com"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua jentera PAS dan Perikatan Nasional (PN) yang berkorban masa, tenaga, taat kepada keputusan pimpinan parti dan mewakafkan diri tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Janganlah disebabkan keputusan PRN Melaka ini kita berputus asa dan lemah semangat dalam memartabatkan Islam khususnya di Malaysia ini.

“Sesungguhnya kekalahan yang sebenar ialah apabila kita mengalah dan berhenti berjuang.” – Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Ayuh kita kembali perkuatkan jentera parti dan membentuk wehdatul fikr demi melihat kemenangan Islam di tanah bertuah ni. Sekalung tahniah buat Barisan Nasional atas kejayaan memenangi mandat rakyat Melaka. Semoga negeri Melaka terus maju dan sejahtera dibawah pemerintahan yang adil serta bebas daripada penyelewengan yang memudaratkan rakyat khususnya di negeri ini dan negara Malaysia amnya.

22 November 2021 | 17 Rabiul Akhir 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor