Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Seindah Syawal : Mengukir Senyum di Bangunan Sepi

86 views
SHARE

SUNGAI BULOH 12 Jun – Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang juga mantan calon P107 menyantuni para pesakit dan keluarga di Wad Pediatrik dan Wad Ortopedik (P) di Hospital Sungai Buloh.

Turut hadir dalam Program Seindah Syawal anjuran bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) DMPM dan LKK Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Selangor, Penolong Setiausaha 1 DMPM, Puan Norhafiza Fadzil, Ketua DMP Kawasan Sungai Buloh, Puan Rohaya Ahad serta Ahli Jawatankuasa DMP Negeri Selangor.

Rombongan ‘Seindah Syawal’ Dewan Muslimat PAS telah¬†disambut meriah oleh Pengarah Hospital, Dr. Haji Kamaruddin bin Haji Alias dan Pengawai Perhubungan Awam, Shahrina binti Abd. Samad serta kakitangan hospital.

Program ringkas ini bertujuan untuk mendekati dan mengukir senyum para pesakit serta keluarga yang terlantar di hospital sedang orang lain bergembira dengan persiapan menghadapi Syawal.

Sedikit sumbangan duit raya dan bahulu diberi kepada para pesakit dan keluarga, di samping menerima kata-kata motivasi daripada Muslimat PAS agar mereka terus kuat untuk menghadapi ujian ini.