DUNGUN – Festival Seni, Dakwah dan Budaya (SEDAYA) Vintage Dungun 2.0 adalah program dakwah vintaj yang julung-julung kali dan terbesar pernah diadakan di Daerah ini.
Pengarahnya Dr. Tengku Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata, progran yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok bertempat di Dewan Arena Merdeka.
“menyediakan pelbagai aktiviti dan acara menarik untuk semua lapisan masyarakat.
“Dengan tema “Gallok gallok jugok, semayang jangan lupe”, mengajak masyarakat berhibur secara sihat dan bermanfaat, ilmu dapat, hiburan dapat, hadiah pun, ” katanya ketika dihubungi.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Dakwah, Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dungun menambah, program anjuran Pemuda PAS Dungun itu, menyajikan aktiviti menarik untuk para pengunjung.
“antaranya liga penalti, nyanyian dakwah, ayam ratu, mewarna, puding berhias, doodle dan ‘explore race’.
“Kita juga menampilkan ‘otai’ rock, Ramli Sarip dengan lagu – lagu berunsur nasihat dan ketuhanan, juga ‘otai – otai’ dari seluruh negara,” jelasnya.
Disamping itu kata beliau, banyak peluang untuk menjana pendapatan disediakan kepada warga tempatan dan juga bagi sesiapa yang berminat untuk membuka gerai-gerai perniagaan.
“Barang-barang ‘bundle’ pun akan diadakan jualannya, insya-Allah barang ‘rare’ menanti anda semua,
“bukan selalu ada festival dakwah vintaj sebegini, jarang-jarang sekali, jadi kena datang, jadikan sebagai kenangan,” tegasnya.