Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Sedar Kemelut Ekonomi dan Amaran Banjir Sebelum Bubar Parlimen

122
SHARE

PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh pendirian pimpinan PAS agar semua pihak tidak terburu-buru mendesak pembubaran Parlimen untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum ekoran keadaan iklim yang tidak menentu serta amaran banjir yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Kejatuhan nilai ringgit yang secara langsung menambah tekanan inflasi kepada rakyat setelah dunia dilanda pandemik juga harus menjadi fokus utama untuk ditangani kerajaan sekarang.

Ini adalah masa yang paling kritikal untuk ahli politik dan pihak kerajaan bekerjasama untuk membantu rakyat yang terkesan dalam kemelut ekonomi dan bersedia untuk menghadapi bencana alam anjir yang dijangkan akan berlaku pada awal November ekoran peralihan Monsun Timur Laut sehingga Mac 2023.

Para wakil rakyat sepatutnya lebih prihatin dan menunjukkan rasa empati sebelum membuat sebarang tindakan kerana kebajikan dan kepentingan rakyat adalah yang paling utama.

#MalaysiaSejahtera

#AgongHeroRakyat

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan

8 OKTOBER 2022 | 11 Rabi’ulawal 1444H