Home Berita PAS Wilayah

Sayangi Malaysiaku, Selamat Hari Merdeka

1418
SHARE

SAYANGI MALAYSIAKU, SELAMAT HARI MERDEKA

Alhamdulillah tanggal 31 Ogos 2019 ini genaplah 62 tahun negara kita mengecapi nikmat kemerdekaan. Justeru, amatlah wajar untuk setiap rakyat Malaysia mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas pengorbanan dan perjuangan para pejuang terdahulu dalam mendaulatkan tanah air tercinta daripada cengkaman penjajah.

Selain itu, erti kemerdekaan juga perlu dilihat dari aspek yang lebih luas antaranya kebebasan jiwa dan rohani dari penghambaan kepada nafsu serta kebebasan pemikiran dari penjajahan ideologi karut yang tidak memberi manfaat kepada negara.

Di samping itu, sikap hormat menghormati sesama kita demi menjaga keharmonian hidup di negara ini juga hendaklah sentiasa diamalkan dan dikekalkan. Sudah banyak yang telah kita harungi bersama sebagai masyarakat pelbagai kaum dalam pembinaan negara ini dan sudah pasti keamanan serta kerukunan ingin dikekalkan selamanya.

Sebagaimana firman Allah SWT:

وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ

Maksudnya: “..dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu..”

(Surah al-Anfal: 46)

Akhir kata, PAS Kawasan Batu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 buat semua rakyat Malaysia walau di mana pun anda berada. Semoga negara ini kekal sejahtera dalam semangat perpaduan dan keharmonian.

#IslamMemimpinPerpaduan
#SayangiMalaysiaku:MalaysiaBersih

PAS KAWASAN BATU
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU

“Kita Sejahtera Bersama”
“Islam Memimpin Perpaduan”

?? Like | Share | Follow us:

Facebook :
PAS Kawasan Batu
https://www.facebook.com/paskawasanbatu/

Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu
https://www.facebook.com/pemudapaskawasanbatu/

Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu
https://www.facebook.com/dmpkbatu

Instagram :
BatuSejahtera
https://www.instagram.com/batusejahtera/
Channel Telegram :
P115 Parlimen Batu Sejahtera
https://t.me/P115ParlimenBatuSejahtera
Youtube :
Batu Sejahtera
https://www.youtube.com/channel/UCMMnGatOEg8zLl7cLxdel4Q