Home Berita PAS Terengganu

Satu PPS banjir dibuka di Setiu

30
SHARE

SETIU – Hujan lebat berterusan di daerah ini menyebabkan paras sungai meningkat mengakibatkan penduduk mengambil langkah berpindah secara berperingkat.

Penduduk Kampung Merbau Menyusut di DUN Langkap mula berpindah ke pusat permindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap jam 7.22 malam tadi.

​​​​​Jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di PPS itu seramai 68 orang terdiri daripada 21 lelaki dewasa, 23 wanita dewasa, 22 kanak-kanak dan 2 orang kurang upaya (OKU).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarof menasihatkan penduduk kampung berdekatan sungai mengambil langkah berjaga-jaga.

“Keselamatan harus diutamakan dan orang ramai diminta berpindah lebih awal bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” kata beliau yang ditemui ketika membuat lawatan terhadap mangsa banjir.

Dalam pada itu, laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Chalok di Setiu mencatatkan bacaan paras waspada setakat jam 11.00 malam hari ini.