KUALA TERENGGANU – Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menyasarkan pelaburan komited sebanyak RM4 bilion yang bakal mewujudkan lebih 2,800 peluang pekerjaan baharu di Terengganu tahun ini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri amat memuji usaha yang dilakukan ECERDC dalam memacu pelaburan kukuh.
“Dengan strategi ekonomi yang tepat dan pembangunan infrastruktur pengupaya, Terengganu sememangnya sebuah destinasi pelaburan yang menarik,” ujarnya melalui kenyataannya di Facebook rasminya, semalam.
Menurut Ahmad Samsuri, ECERDC turut memaklumkan ketika ini sebanyak RM2 bilion pelaburan direalisasikan pada tahun 2022.