Home Berita PAS Sabah

Santuni Mualaf Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina

33
SHARE

PUTATAN : 14 Februari 2025

Oleh : Hazriani Kadir

Pimpinan PAS Putatan telah mengadakan ziarah mahabbah keluarga mualaf berbangsa Cina serta menyantuni seorang warga emas yang masih belum memeluk Islam.

Kunjungan ini diketuai Penyelaras PAS Putatan, Dr. Afifi Saifuddin bersama pimpinan kawasan. Sepanjang ziarah, turut dikongsi kisah perjalanan hidup mualaf serta cabaran yang mereka hadapi selepas memeluk Islam.

Menurut Dr. afifi, ziarah ini bukan fokus untuk mualaf sahaja tetapi sebagai tanda penghormatan kepada ahli keluarga mereka yang berlainan agama.

“Kami mahu memastikan saudara baharu ini terus mendapat sokongan, menghormati serta menyantuni keluarga mereka yang masih belum menerima Islam. Ini adalah dakwah melalui akhlak dan kasih sayang,” katanya.

Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim, memberikan sokongan moral kepada saudara baharu serta menunjukkan keindahan Islam kepada ahli keluarga mereka yang berlainan agama.

Menariknya, salah satu keluarga yang diziarahi, terdapat seorang ibu warga emas yang masih belum memeluk Islam. Pimpinan PAS Putatan mengambil pendekatan mesra dengan menyantuni beliau secara berhemah dan berkongsi nilai-nilai Islam dengan berhikmah.

Ziarah sebegini diharapkan dapat diteruskan untuk mengukuhkan hubungan antara masyarakat Islam dan saudara baharu serta mewujudkan keharmonian antara agama dalam komuniti.