Home Artikel PAS Selangor

santai honda day 2.0 tarik ramai peminat motor di kuala selangor

685
SHARE

KUALA SELANGOR: Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Dewan Pemuda PAS Selangor melalui DACS Motorsports Club (DMC) telah berjaya menganjur satu program khusus untuk para pemilik motosikal Honda pelbagai jenis iaitu Santai Honda Day 2.0 di Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor, Selangor pada hari Ahad, 9hb April 2017. Program ini merupakan lanjutan daripada Santai Honda Day kali pertama yang dilaksanakan di Dataran Stadium Kuala Selangor pada tahun lepas.

Sebanyak 700 buah motosikal Honda pelbagai jenis yang turut serta pada program ini. Jumlah pengunjung yang turut hadir menyaksikan dan memeriahkan program ini seramai 1000 orang lebih.

Para pemilik motorsikal Honda ini bukan hanya dari Selangor malah mereka datang dari seluruh pelosok negara seperti dari Pulau Pinang, Kedah, dan lain-lain negeri semata-mata untuk berkumpul beramai-ramai di atas minat yang sama. 

Terdapat 14 jenis motorsikal Honda yang menyertai Santai Honda Day 2.0 kali ini seperti C50, C70 bulat dan petak, Fame, EX5, Dash, Wave, RS 150, Raider 135, MBX 125, NSR 150, CB 500, CB 650, CBR 1000 Rabbit dan ST 1300. Jumlah ini lebih banyak berbanding tahun lepas yang hanya 12 jenis Honda sahaja.

Peminat motosikal Honda ini bukan hanya daripada kaum lelaki sahaja malah terdapat juga penunggang wanita yang turut hadir dengan motosikal Honda masing-masing.

Program bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Pelbagai acara dipertandingkan sepanjang program berlangsung seperti exzos bingit, motorshow 10 kategori, motorcub tercantik, burn out, gusti lengan, bunyi motor dengan mulut dan cabutan bertuah. Gerai jualan barang-barang motorsikal dan makanan minuman turut disediakan kepada para pengunjung yang hadir.

Pihak urusetia program turut menitikberatkan solat dalam program kali ini apabila semua peserta diminta untuk solat zohor berjamaah. Kemudahan khemah surau transit dan air untuk mengambil wuduk turut disediakan. Kemudian ia disusuli dengan tazkirah agama oleh Ustaz Zamri Mantop, personaliti TV Akademi Al-Quran.

Menurut Saudara Salam Sujak, Pengarah Santai Honda Day 2.0, objektif program kali ini adalah untuk mengumpulkan seramai mungkin pemilik motosikal Honda yang ada di seluruh Selangor dan seluruh Malaysia di dalam satu program. 

Ini kerana, jarang para pemilik motosikal Honda pelbagai jenis ini dapat berkumpul bersama dan bertukar-tukar fikiran di samping dapat berkenalan antara satu sama lain di atas minat yang sama iaitu Honda. 

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dan dapat berkongsi idea bagaimana untuk mencantikkan lagi motor masing-masing.

Santai Honda Day 2.0 kali ini dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Cikgu Rashid Kassim, Penyelaras DUN Jeram, Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar, Pengarah DACS Selangor dan Saudara Jafarudin Sheikh Daud, Ahli Majlis Kuala Selangor. 

Cikgu Rashid, Jafarudin dan Fadzli turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Program ini juga disertai oleh pelbagai bangsa, agama dan golongan umur. Inilah sebenarnya yang telah memeriahkan Santai Honda Day 2.0.

Melihat kepada sambutan yang amat menggalakkan daripada anak muda dan maklum balas yang baik daripada para peserta, DACS Selangor insya Allah akan memperbanyakkan program seperti ini dan akan menjadikan himpunan para peminat motosikal Honda ini lebih besar pada tahun depan. 

Ini komitmen kami selaku jabatan yang bertanggungjawab dalam bidang permotoran untuk menganjurkan lebih banyak program yang bermanfaat kepada anak muda yang cintakan bidang motosikal.

HONDA The Power of Dreams.

Muhammad Fadzli bin Abu Bakar
Pengarah,
Department of Arts, Culture and Sports (DACS),
Dewan Pemuda PAS Selangor.