Home Berita PAS Terengganu

Sanggup bekerjasama dengan DAP, takut pertahan islam

199
SHARE

Oleh : Fatimah Din

MARANG – PAS menyelar sikap segelintir pemimpin negara yang tidak memutuskan hubungan dengan Israel dan takut berjuang mempertahankan Islam serta sanggup bekerjasama dengan DAP.

Presiden PAS, Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah yang lebih menyedihkan, ada yabg sanggup berniaga dengan negara Zionis itu.

“Berniaga dengan BlackRock, satu syarikat Yahudi kerana inginkan duit semata-mata, kita tidak kaya dengan sebab itu, kerana akan tiba masanya Yahudi akan sampai ajalnya,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Ceramah Untukmu Al-Aqsa yang diadakan di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila pada Sabtu, 23 November.

Turut menyampaikan ceramah Timbalan Presiden ESAM, Atik Agdag, Ahli Majlis Politik Hamas, Kamal Abdul ‘Aun dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Tuan Guru Husain Awang dan juga diserikan dengan nasyid, Kumpulan Shoutul Amal.

Menurut Tuan Guru, tujuan orang Yahudi kembali ke Palestin adalah untuk dihapuskan dan orang-orang Islam akan membunuh mereka.

“Nabi tidak kata orang Arab bunuh Yahudi, Nabi kata orang Islam yang akan membunuh Yahudi, tidak tahu siapa dia, hari ini orang Palestin yang muncul,

“tidak padan orang Palestin, orang Palestin habis dibunuh, ada orang Melayu ikut pertahankan Israel, sesungguhnya kepala di Palestin, ekor ya seluruh dunia, ini kekuatan orang Islam, dia(orang Yahudi) tidak akan selamat, Tuhan akan hapuskan mereka di situ, “jelasnya.