Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah
Dahulu saya mempunyai seorang kawan yang sangat pintar. Setiap semester dia score Four flet all the time!
Malang sekali setelah selesai final year dia gagal menerima ijazah. Universiti tidak recognise sekalipun pensyarah-pensyarahnya rekomen supaya dia diberi ijazah malahan wajar diberi anugerah emas kerana kecemerlangannya.
Rupa-rupanya dia TIDAK Mendaftar sebagai seorang mahasiswa di universiti tersebut. Justeru, mana mungkin universiti memberikanya anugerah walaupun sekecil sekeping sijil.
Begitulah perumpamaan yg diberikan oleh Ustaz Sabir sebagai menjawab soalan berikut;
“Ustaz, apakah Allah itu adil jika menafikan hak seorang bukan Islam untuk masuk syurga. Bukan Islam itu adalah orang baik. Dia membina kilang perusahaan. Dia beri pekerjaan kepada orang Islam. Hasil pekerjaan itu, pekerjanya memberi nafkah kepada keluarga masing-masing. Dia bina surau di dalam kilang miliknya, guna untuk pekerja-pekerja Islamnya menunaikan solat. Time jumaat beliau izinkan pekerja Islamnya keluar mengerjakan solat jumaat. Bukan itu sahaja sumbangannya tetapi terus menghulurkan bantuan kepada fakir miskin bukan sedikit.
Takkan Allah tidak melihat itu semua sebagai kebaikan? Takkan Allah tidak bagi syurga untuknya kerana banyaknya kebaikan yang telah beliau lakukan? “
Kata ustaz Sabir; “Dia tidak mendaftar macam pelajar universiti lain. Sepintar macamanapun dia jika tak mendaftar tak mungkin beliau dapat ijazah!”
Syurga adalah ciptaan Allah. Syurga untuk orang baik. Syurga untuk orang sabar. Syurga untuk orang banyak buat amal.
Tapi kena mendaftar dulu. Nak mendaftar macamana? Hanya 2 perkara ini sahaja;
- Mengaku Allah sebagai Tuhan. Satu-satunya Tuhan yang patut disembah. Tiada yang lain daripada-Nya.
- Mengaku Nabi Muhammad adalah Utusan Allah (Rasulullah).
Dua perkara itu sahaja. Tak perlu tukar nama. Tak perlu berpisah dengan keluarga. Tak perlu risau apalagi gundah gulana. Cuma mendaftar!
“Registration is an essence”.
Itulah antara isi kuliah maghrib Ustaz Sabir semalam.
Make sense?
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor