Oleh: Thia Razali
1 November 2020
BATU : Majlis Selawat sempena Maulidur Rasul telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 2 Batu di Sentul, kelmarin.
Majlis tersebut turut diselitkan dengan Solat Sunat Hajat Hindar Covid-19 secara berjemaah bersama penduduk setempat.
Program Solat Sunat Hajat ini telah diadakan sejak 29 Oktober 2020 bagi memohon doa agar penularan Covid-19 di seluruh negara dapat diputuskan.
Majlis yang telah diadakan di Surau Majidiah Kampung Chubadak Tengah, Sentul ini dipimpin oleh Pengerusi MPP Sub Zon 2 Batu, Haji Abu Bakar Abdul Rahman merangkap imam surau tersebut dan dibantu oleh ahli jawatankuasa
Pengerusi MPP Sub Zon 2 Batu turut mengingatkan penduduk setempat agar mengimarahkan surau dan masjid terdekat dengan melaksanakan solat berjemaah kelima-lima waktu solat di samping terus patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.
Sempena memperingati kelahiran Baginda Rasulullah SAW, Haji Abu Bakar juga menyeru agar masyarakat sentiasa melazimi selawat ke atas Nabi sekurang-kurangnya 100 kali sehari dan membaca Al-Quran minimum dua muka surat sebagai amalan harian bagi menzahirkan tanda kasih dan sayang kepada Rasulullah SAW.