Home Berita PAS Pusat

Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Ibrahim

823
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Ibrahim

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merafakkan sembah setinggi-tinggi tahniah sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, pada 23 Mac 2021 bersamaan 9 Syaaban 1442.

Dipanjatkan doa kepada Allah SWT kesejahteraan, dilanjutkan usia dan senantiasa dalam keadaan sihat wal afiat ke atas DYMM Sultan Ibrahim dalam mentadbir negeri Johor Darul Ta’zim dengan penuh kedaulatan serta di bawah bimbingan wahyu Ilahi.

Semoga Allah SWT memimpin Tuanku Sultan dengan taufik dan hidayah-Nya yang menjadi lambang kedaulatan Islam dan perpaduan masyarakat majmuk bagi negeri Johor.

‘Allah Peliharakan Sultan’

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
23 Mac 2021 | 9 Syaaban 1442