Home Berita PAS Selangor

Sambutan hari angin sedunia – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

202
SHARE

May be an image of 3 people and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al Hayawi

Tanggal 15 Jun, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengucapkan ‘Selamat Hari Angin Sedunia’. Hari Angin Sedunia disambut untuk memberi kesedaran betapa pentingnya kelajuan angin di dalam menjana tenaga dan ada kemungkinan untuk mengubah penjanaan tenaga utama dunia melalui kincir angin.

Sebuah fakta menurut Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Malaysia juga mempunyai kincir angin. Terdapat dua buah kincir angin yang dimiliki oleh syarikat janakuasa gergasi negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bertempat di Pulau Perhentian, Terengganu. Di Selangor dan Johor turut ada beberapa buah kincir angin untuk kegunaan awam dan penyelidikan.

“Walaupun tidak sebanyak dan sebesar di Perth, Australia tetapi sekurang-kurangnya kita di Malaysia juga ada kincir angin. Kerana angin di Malaysia ini, kelajuannya tidaklah selaju di negara-negara lain dan kelajuannya tidak mampu lagi untuk menjanakan tenaga yang cukup”, terang mereka lagi.

“Angin monsun? Walaupun kelajuan angin monsun sangat tinggi dan mampu untuk menjanakan tenaga, tetapi ianya bermusim.
Inilah cabaran menjanakan tenaga angin di Malaysia” mereka menjawab persoalan tersebut.

“Tidak mustahil, mungkin satu hari nanti akan adanya sebuah teknologi dan reka bentuk kincir angin yang mampu untuk menjanakan tenaga dengan suasana angin di Malaysia ini”, terang Pemuda PAS Selangor lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor