Home Berita PAS Perak

Sambutan Badar Al-Kubro PAS Kampar meriah

136
SHARE

12 April 2023

MALIM NAWAR: Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YB Razman Zakaria, telah menghadiri sambutan Badar Al-Kubro peringkat kawasan Kampar yang berlangsung di Markaz PAS Kampar di sini, baru-baru ini.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran yang memberansangkan daripada kalangan pimpinan dan ahli PAS kawasan Kampar.

Sambutan tersebut telah dimulakan dengan jamuan iftar berjemaah diikuti dengan solat maghrib, solat hajat, solat Isyak dan solat Tarawikh.

Kemuncak aturcara ialah tausiyah dan taujihad dari tetamu jemputan khas, YB Razman Zakaria buat semua ahli PAS dalam menguatkan gerak kerja di kawasan.

Dalam ucapannya, beliau menekankan aspek penghayatan ibrah daripada peristiw Badar Al-Kubro dalam kehidupan para amilin PAS.

“Antara ibrah yang utama ialah kebergantungan hanya semata2 pada ALLAH dan wala pada arahan kepimpinan baginda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam,” jelasnya lagi yang juga merupakan ADUN Gunung Semanggol.

Turut hadir dalam majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Sofian Hj. Rejab, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan dan barisan kepimpinan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kampar.

Menurut Sofian Hj. Rejab, kedatangan PJ pada hari tersebut membawa mesej jelas tentang keperihatinan pimpinan negeri kepada PAS kawasan.

“Atas sebab itu, ahli PAS Kampar perlu bersedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihanraya umum ke 16 nanti,” ujarnya lagi.