Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sabak Bernam
Oleh : Umar Al-Hayawi
SABAK BERNAM, 9 Ogos – PAS Kawasan Sabak Bernam meneruskan lagi agenda Program Bakul Prihatin Perikatan Nasional untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan di setiap pelusuk kawasan.
Timbalan YDP PAS Kawasan Sabak Bernam Tn Hj Zamri Yahya bersama pimpinan PAS Cawangan Parit Baru telah turun menyantuni dan menyampaikan Bakul Prihatin kepada 12 orang penerima di Kampung Parit Baru.
Semoga bantuan tersebut dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang dipikul mereka dalam mengharungi musim pandemik COVID-19 dan juga semoga para penerima serta para petugas dilindungi Allah SWT daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor