Oleh : SRITI Kawasan Kota Raja
SRITI Kota Raja telah berjaya menyiapkan 4 unit kelas bagi digunakan oleh pelajar tahun 5 dan 6 tahun 2021. Projek ini telah mencapai kerja-kerja terakhir sebelum secara rasminya diserahkan oleh pihak kontraktor.
Kini fasa untuk melengkapkan unit kelas tersebut dengan
□Whiteboard
□Kerusi meja pelajar 240 set & guru 4 set
□Papan kenyataan.
□Meja dan Kerusi di Bilik Guru Baru 2021
Kami amat mengalu-alukan sumbangan dari Tuan/Puan/Dato/Datin bagi menyiapkan keseluruhan projek pembangunan ini.
Fasa PKPB di Selangor kini adalah fasa yang amat mencabar bagi kami pihak pengurusan SRITI Kota Raja, kos pengurusan telah meningkat dengan beberapa keperluan yang perlu dipatuhi sepanjang PKP ini.
Doakan Hasrat kami untuk mendidik anak-anak bangsa dengan ajaran dan akhlak muslim Rabbani menjadi suatu realiti dan pasti InsyaAllah.
Menyediakan prasarana atau kemudahan pembelajaran untuk anak-anak ini menjadi tanggungjawab kita bersama.
Sekali lagi saya menyeru untuk sama-sama kita terus menyumbang bagi kelansungan pembangunan ini.
ZUBIR SHAH BIN OMAR
Pengerusi
SRITI Kawasan Kota Raja
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor