Home Berita PAS Terengganu

Salam Takziah buat Cikgu M.Shukrimun Shamsudin

2669
SHARE

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِعْ مَدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

اجعلها مع الصالحين واجعل قبرها روضة من رياض الجنة ولا تجعل قبرها حفرة من حفر

Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada Cikgu Shukrimun , Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan keluarga diatas pemergiaan isteri tercinta, Al Marhumah Normaizan Hashim, pada hari ini, Jumaat, hari yang penuh keberkatan.

Pemergian beliau menemui penciptanya bukan saja menjadi kehilangan  kepada keluarga malah sangat dirasai oleh kami sahabat-sahabat seperjuangannya.

Sesungguhnya kesempatan kita bersamanya terlalu singkat, namun Allah lebih menyayanginya.

Jemaah kehilangan seorang yang istiqamah dengan penuh ketaatan tatkala suami dan anak-anak perlukan belaian kasih sayang, seorang mujahidah yang berada di saf hadapan ketika jemaah dalam kepayahan dan sahabat yang menceriakan tika dalam kebuntuan.

Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu mendoakan agar rohnya diberi keampunan oleh Allah, dirahmati dan ditempatkan bersama hambaNya yang solehah.

Buat Cikgu Shukrimun dan anak-anak, harap sabar dan tabah serta redhakan pemergiaannya.

Salam takziah daripada :

Hajah Zarani Othman
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu
09/03/2018