Home Artikel PAS Wilayah

Salam Nuzul Quran 1441

873
SHARE

SALAM NUZUL QURAN 1441 HIJRAH

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta membezakan di antara yang haq dan batil.” (Al Baqarah : 185)

Hari Nuzul Quran yang diwartakan pada 17 Ramadhan setiap tahun adalah untuk memperingati peristiwa penurunan wahyu pertama dari Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai bukti kerasulan Baginda.

Peristiwa yang penting dalam sejarah Islam ini berlaku pada 17 Ramadhan dalam tahun ke-41 keputeraan Rasulullah SAW semasa Baginda sedang beruzlah di Gua Hira’.

Sebagai umat Islam, kita wajar mengenang Hari Nuzul Al-Quran ini dengan menzahirkan rasa syukur kerana kitab suci ini bukan sahaja diturunkan sebagai mukjizat Nabi Muhammad SAW, bahkan juga sebagai manual atau panduan kepada kita dalam menjalani kehidupan.

Justeru PAS Kawasan Batu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran buat semua umat islam di Malaysia.

Marilah kita menghidupkan ajaran Al-Quran dalam diri kita demi kesejahteraan di dunia dan akhirat. Amin.

“Islam Memimpin Perpaduan”

PAS KAWASAN BATU
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU