Setelah bulan Ramadan yang mulia melabuhkan tirainya, Allah SWT mengurniakan kita kesempatan untuk bertemu dengan Syawal sekali lagi.
Hari Raya Aidilfitri membawa kita kembali kepada fitrah mentaati dan membesarkan Allah SWT sebagai Tuhan yang Esa.
Aidilfitri juga merupakan simbol kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah berjaya menjalani ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadan.
Walaupun suasana hari raya pada tahun ini sedikit berbeza dari kebiasaannya, Aidilfitri harus tetap disambut bagi menzahirkan kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT.
Dalam keriangan menyambut hari kemenangan ini, ayuh kita semua menjaga syariat Islam dan mengamalkan akhlak terpuji di samping mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Manfaatkan teknologi komunikasi untuk menatap wajah-wajah yang dirindui sambil bertanya khabar dan bermaaf-maafan dalam meraikan Syawal normal baharu tahun ini.
Semoga sambutan Aidilfitri kita diberkati Allah SWT dan dikurniakan rezeki untuk bertemu dengan Ramadan tahun hadapan. InsyaAllah amin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN