Home Berita PAS Perak

Salah tafsir ‘Kerajaan Allah’:LKS cetus ketegangan mesti dikenakan tindakan

29
SHARE
KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK
6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442
SALAH TAFSIR “KERAJAAN ALLAH” : LKS CETUS KETEGANGAN MESTI DIKENAKAN TINDAKAN
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menyokong kenyataan PAS Pusat serta mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Iskandar Puteri apabila menulis di Facebook rasminya berkaitan tafsiran ‘Kerajaan Allah’ yang salah.
Salah tafsir terhadap maksud sebenar ‘Kerajaan Allah’ yang disebut oleh Presiden PAS itu amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku sekalipun mereka membenci kepada pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional ketika ini.
Sebaliknya tulisan Lim Kit Siang telah menimbulkan provokasi melampau dan penghinaan terhadap Islam serta melanggar Perlembagaan Persekutuan. Kebiadapan dan tindakan tidak bertanggungjawab parti DAP seringkali menggangu gugat keamanan dan keharmonian masyarakat keseluruhannya.
Perbuatan tersebut telah mencetuskan ketegangan serta dilihat cuba menghasut bagi menanamkan kebencian kepada kerajaan sekali gus menghina YDPA dan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama boleh didakwa di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Hasutan 1948 jika disabitkan kesalahan.
PAS Perak menyeru agar pihak berwajib khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya dengan segera agar kejadian seumpama ini tidak terus berleluasa khususnya daripada pihak parti DAP.
‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
YB HAJI RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya
PAS Negeri Perak