Home Berita PAS Pahang

Sajikan fakta bukan auta!

189
SHARE

Oleh : KHAULAH AL AZWAR

KUANTAN, 2 Jun ♦ Berita sahih amat penting dijadikan sajian agar generasi hari ini dan akan datang terdidik dengan fakta bukan auta.

Ketua Dewan Pemuda PAS (DPPNP) Pahang, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih berkata, berita palsu adalah fitnah terbesar yang mampu menghancurkan masyarakat serta generasi masa depan negara.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam merai pengamal-pengamal media sempena Hari Wartawan Sedunia bertempat di Kopi Mesin Beserah, malam rabu lalu.

Majlis bertujuan merapatkan hubungan antara Pemuda PAS dan wartawan serta menghargai peranan mereka yang selama ini banyak membantu PAS.

Tambah beliau, program seumpama ini penting diadakan untuk mencari kesepaduan kolaborasi antara PAS dan wartawan di dalam menyampaikan mesej dan maklumat kepada masyarakat.

Menurutnya, ia memberi dampak positif PAS sebagai wadah saluran maklumat sahih dan boleh dipercayai.

Majlis julung kali diadakan ini dihadiri Jawatankuasa Harian DPPNP, wakil Harakah, Awani dan Sinar serta diakhiri dengan penyampaian cenderamata penghargaan kepada wakil wartawan yang hadir.