Home Berita PAS Perak

Saifudin Menteri bertaraf Siber Trooper | Kenyataan Media PAS Perak

112
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERAK

SAIFUDIN MENTERI BERTARAF SIBER TROOPER

PAS Perak merasa kesal dengan kenyataan media politik yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri berkaitan Presiden PAS sempena Muktamar PAS Pusat ke 70 di Kerdau Pahang.

Adalah satu keganjilan seorang Menteri dengan kenyataan media menggunakan jata negara mengulas Muktamar dan ucapan seorang Presiden parti politik. Apakah beliau keliru membezakan antara tugasan seorang menteri dan Setiausaha sebuah parti politik. Atau sudah menjadi kebiasaan bagi beliau menggunakan kedudukan sebagai Menteri untuk menyerang parti lawan. Mungkinkah menggunakan kedudukan sebagai Menteri dalam Negeri membolehkan beliau dilindungi undang undang?

Muktamar PAS adalah medan halatuju PAS mengharungi politik dan dakwah. Jika beliau menilai dengan ikhlas dan berakal sedar, beliau akan dapati ucapan Presiden PAS malah perbahasan perwakilan PAS lebih bersifat muhasabah dan menggagaskan halatu perjuangan parti berbanding ucapan Presiden PKR dan perbahasan mereka. Perhimpunan PKR lebih kepada retorik dan perbahasan mengampu di samping menyerang musuh politik secara semmborono. Ternyata beliau cuba mengalih perhatian rakyat sebelum rakyat menilai dengan matang. Kenyataan media Menteri Dalam Negeri itu lebih bersifat kebimbangan terhadap penilaian dan perbandingan rakyat antara Perhimpunan PKR yang memerintah dan PAS sebagai pembangkang. Antara retorik politik dan gagasan perjuangan sebuah parti politik.

Sangat melucukan apabila kenyataan seorang Menteri mengulas gurauan dan unsur kecindan dalam perbahasan perwakilan seperti menambah isteri sebagai fakta untuk diulas. Ternyata Menteri ini terlalu sukar mencari fakta untuk diserang.

Adalah memalukan bagi seorang Menteri melebel perjuangan PAS sebagai khawarij sepertimana kerja yang dilakukan seorang siber trooper upahan. Apakah ini standart seorang Setiausaha Agong sebuah parti politik memerintah? Mungkin inilah alasan sebenar Presiden PKR menukar beliau dari Setiausaha Agong sepertimana diwar warkan media.

Paling memalukan apabila beliau mengheret tokoh pimpinan PAS lalu untuk membuat perbandingan tentang PAS. Apakah beliau tidak tahu bahawa apa yang di bawa TG Presiden khususnya dalam muktamar ini adalah merealisasikan apa yang pernah di cetuskan pimpinan PAS lalu. Sebagai contoh, memperkasakan peranan dan keahlian bukan Islam yang merupakan cetusan idea almarhum Profesor Zulkifli Muhammad. Ternyata Saifudin terlalu jahil tentang PAS, pimpinan PAS dan halatuju perjuangan PAS.

Sebagai kesimpulan, PAS Perak melihat Saifuddin sangat terdesak dalam memposisikan dirinya setelah difahamkan jawatan sebagai SUA agong beliau telah ditukar. Apakah jawatan Menteri kanan juga terancam menyebabkan beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan media terpanjang bertaraf siber trooper menggunakan kedudukan Menteri menggunakan Jata negara untuk politik keperibadian?

 “ ADIL PRIHATIN BERKEBAJIKAN ”

YB HJ RAZMAN BIN ZAKARIA
PESURUHJAYA
PAS NEGERI PERAK
17 SEPTEMBER 2024