Home Berita PAS Perlis

Sahabat MRA Salur Bantuan Pasca TEMCO Di Sanglang

702
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Sahabat Malaysia Relief Agency semalam telah membuat agihan bantuan di Kampung Tanah Timbul, salah satu daripada kawasan terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) baru-baru ini.

Sebanyak 150 bungkus makanan dan 500 penutup mulut dan hidung telah diserahkan kepada para penduduk setempat.

Turut menerima sumbangan berkenaan adalah beberapa orang pekerja berbangsa Rohingya yang bekerja di kawasan tersebut.

Penyelaras Sahabat MRA Mohd. Saifizi yang dihubungi berkata, kerja-kerja mengedarkan sumbangan turut mendapat kerjasama daripada petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Sanglang dan Pertubuhan Kebajikan Komuniti Arau (PeKA).

“Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN Sanglang Mohd. Shukri Ramli yang turut turun padang bersama-sama dengan para petugas PKWR DUN Sanglang.

“InsyaAllah program seumpama ini akan terus kami laksanakan bagi membantu golongan yang memerlukan khususnya di negeri ini,” katanya.